Total Pageviews

Monday, February 21, 2011

InTIM

Alhamdulillah. Setelah sebulan kami merancang satu program untuk adik-adik form 1, akhirnya baru-baru ni kami para nuqaba' 0610 telah berjaya melaksanakan program tersebut. Pada 17-19 februari lepas, program yg dinamakan Kem InTIM telah berjaya diadakan. Para fasilitator selama 27 org fasi iaitu 11 org fasi muslimin n 16 org fasi muslimat telah terlibat dalam program ini. Alhamdulillah sgalanya berjalan dgn lancar. Adik-adik pun nmpk baik n dengar kata. Pagi khamis sblm kami mulakan program, kami ada bertemu dgn guru2. Tapi yg sedihnya bkn semua cikgu yg dpt kami jmpa sbb masa 2 ada cg yg masih ada kelas. So minta maaf byk2 la kepada cg2 yg x smpt kami jmpa. InsyaAllah nnti kita akan bertemu. Kami juga b'jumpa dgn adik2 junior. Rindu juga diorg kt kami ye. Ingatkan dh lupa. Macam2 aktvt yg dianjurkan. Kami tekankan IMAN, SOLAT, AURAT N IKHTILAT dlm program 2. Aktvt yg paling best ialah riadah. Mse 2 la kami cuba merapatkan ukhwah. Walaupn sblm mulakan riadah sokmo kna dgr leteran kem kom dlu tapi alhamdulillah adik2 gmbira n suka. Para fasi pun sama naik. Disebabkan riadah kami asing mslmn n mslmt so sng la kami wat aktvt. Lebih selesa n bebas la. 2 hari 2 malam. Rse mcm singkat sgt masa kn... Sdih sgt mse nk b'pisah. Terharu sbb rmai adik2 yg nangis. Sdihnya. X pelah. Nnti insyaAllah kte jmpa lg ye. Harap2 prgm ni m'bawa perubahan y positif utk adk2 n para fasi. Kpd semua yg t'libat jutaan time kasih di ucapkan. Jika ada salah silap atau ada yg tergores hati tolong maafkan ye. Moga Allah berkati prgm kita ni insyaAllah. Skrg cbuk dgn belajar driving then insyaAllah 11 mac ni ujian JPJ. Smoga lulus la harap2 nya. Then result SPM. Tkutnya. "Ya Allah berilah aku n shbt2ku kptsn yg cemerlang dlm SPM kami, amin." InsyaAllah 11a+ klau ada rezki. Ok la. Kpd para p'baca jgn lupa tlg doakan kjyaan ana dlm SPM ye. Kjyaan utk Islam juga. Gmbr di bwh ni ialah gmbr fasi2 mslmt kem ni. Syukran kpd semua. Ukhwah fillah abadan abada. Wallahualam.





 

Thursday, February 10, 2011

Daniel Hakim...

Siapakah dia? Ha.... Dialah anak saudara baru ana. Anak Kak Nadrah n suaminya, Mohd Fakhrul Hakimin. Lahir 9/2/2011 hari rabu. Doktor jangka dia dilahirkan pada 5/2 tapi dia masih x nak keluar dari perut mak dia. Nak wat guana kn? Alhamdulillah dia lahir waktu isya' pukul 8.40 malam secara normal. Berat dia 3 kilo lebih. beratkn... Pipi dia pun sgt montel. Cute sgt. Semoga dia menjadi seorg anak yg soleh n berbakti kpd agama InsyaAllah. Kalau nak jmpa dia, mai la rumah ye. Dia anak saudara ana yg kedua. Anak saudara ana yg pertama perempuan. Anak kak long (kak Istisyhad) n abg long. Nama dia Rahaadatul Aisy binti Mohd Khairul Aizuddin.. Kami panggil dia Aisy. Umur dia dh setahun. InsyaAllah akhir bln 4 ni kami bakal dapat anak saudara yg ketiga pula. Anak abg Hayat n kak Eja. Alhamdulillah makin bertambah ahli famili Ismail. Moga Allah sntiasa berkati famili ini InsyaAllah.

Wednesday, February 9, 2011

Mesir...



Alhamdulillah. Pelajar2 Malaysia dari Mesir sudah ramai yg telah selamat pulang ke kg halaman masing-masing. Tapi bilakah kemelut di Mesir itu akan berakhir? Bilakah Hosni Mubarak akan berundur? Allah lah yg mengetahui segala-galanya. Rusuhan ini berlaku juga ada hikmahnya. Rakyat Mesir sudah lama menderita hidup dibawah pimpinan presidennya yg dikatakan kejam. Buktinya negara jirannya, Palestin yg sudah lama b'golak tidak diberikan bantuan sama sekali. Padahal mereka adalah saudara mereka sendiri. Adakah ini dikatakan pemimpin yg adil dan menjalankan syariat dlm dunia pemerintahannya? So, sme2 la kte doakan moga Allah m'berikan yg t'baik kpd saudara2 kte di sana. InsyaAllah. Moga Ikhwanul Muslimin dapat m'capai hasrat & matlamat mereka. Amin.

Ramai senior-senior ana yg belajar di Mesir tapi hanya sorang je yg ana tau dh smpai di M'sia, K Izaty. Kak Hanis, Kak Insyirah,  Bro Tg. Fakhruddin & zaujahnya, Kak Aisyah n ramai lagi ana x tau lg tapi harap2 semuanya selamat InsyaAllah.

Sunday, February 6, 2011

Pemimpin yg masak utk rakyatnya...

Assalamu'alaikum wbt...
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang....

Cerita ini mengisahkan kisah seorang pemimpin agung daripada 4 Khulafa' Rasyidin.


Aslam berkata: "Suatu hari kami keluar bersama Khalifah Umar r.a. menuju ke Bandar Hurrah. Ketika kami sampai di Shirar, kami melihat api menyala. Kemudian, Khalifah Umar berkata:'Wahai Aslam! Aku melihat ada pengembara yang sedang bermalam dalam kedinginan. Mari kita ke sana."'

Kami turun dan bergegas mendekati mereka. Ternyata mereka adalah seorang perempuan bersama beberapa orang anaknya. Perempuan itu sedang meletakkan sebuah periuk di atas api. Kedengaran suara anak-anak merintih kelaparan.

Kemudian Khalifah Umar r.a. berkata: " Assalamu'alaikum wahai orang yang menyalakan cahaya."
Sengaja Umar tidak mengatakan "menyalakan api".
Wanita tersebut menjawab:"Wa'alaikumussalam." Dan beliau berkata lagi:"Bolehkah aku masuk?"
Wanita tadi menjawab:"jika niatmu baik, silalah, dan selepas ini pergilah dengan segera."




Setelah mendapatkan kebenaran, Umar r.a. mendekatinya dan bertanya:" Apa yang terjadi pada kalian?"
Jawab wanita itu: "Kami tidak mempunyai tempat untuk bermalam dan kami dalam keadaan kesejukan."

Khalifah Umar bertanya lagi: "Apakah yang telah terjadi kepada anak-anakmu? Mengapa mereka menangis?"
Dia menjawab: " Mereka kelaparan."
Khalifah Umar r.a. bertanya: " Apa yang ada dalam periuk itu?"
Wanita tadi menjawab: "Itu hanyalah air yang aku masak untuk menenangkan mereka agar mereka menyangka ada makanan yang sedang dimasak, hingga mereka tertidur."
Dan ketika itu, Khalifah Umar berkata: " Semoga Allah memberi kasih sayang kepada kalian. Apakah Khalifah Umar tidak mengetahuinya?"

Wanita itu menjawab: "Umar memang pemimpin kami, akan tetapi dia tidak mengetahui keadaan orang seperti kami."
Lantas Umar berpaling kearahku (Aslam) dan berkata: "Mari kita pergi!"

Kami keluar dan bergegas menuju ke gudang penyimpanan bekalan. Khalifah Umar mengeluarkan sebuah bakul yang mengandungi gandum dan sebekas minyak samin (sering diguna oleh orang Arab untuk memasak bagi tujuan menambah aroma). Lalu beliau berkata: "Bawalah ini atas perintahku!"

Aslam berkata:"Kalau begitu, aku akan mendapat pahala daripada makanan ini."
Beliau berkata lagi: "Engkau kira engkau akan mendapat pahala daripada perbuatan baikku pada hari kiamat nanti? Sungguh engkau tidak akan menanggung beban dosa mahupun pahala sesiapa pun."

Setelah itu, aku membawanya, dan kami terus pergi menuju ke tempat wanita itu. Kemudian, beliau memberikannya kepada wanita itu dan mengeluarkan sesuatu dari dalam bekas. Lalu beliau berkata: " Ambillah minyak samin ini!"

Kemudian, Khalifah Umar menghidupkan api di bawah periuk sehingga asap berkepul-kepul dari celah janggutnya yang lebat. Beliau memasak gandum dan minyak samin untuk mereka. Setelah itu, beliau mengangkatnya dan meletakkannya di atas sebuah piring seraya berkata: "Berilah anak-anakmu makan!"
Khalifah Umar tidak berganjak sehingga memastikan mereka telah kekenyangan. Lalu wanita itu berkata: " Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan."



Peristiwa dan kejadian seperti ini seringkali kita temui dalam sejarah hidup Khalifah Umar, lantaran jiwanya yang bergerak untuk memenuhi perintah Allah bahawa itu ialah amanah yang akan dipersoalkan.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."


Dalam Tafsir Ibn Kathir, suatu pandangan daripada Ibn Abbas, ketika Adam dipertanggungjawabkan dengan amanah itu dan selepas baginda sanggup menerimanya, Allah menjelaskan amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka ia akan mendapat ganjaran dan sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.

Umar melakukan itu kerana beliau berasa bertanggungjawab atas keadaan orang yang susah dan dizalimi. Pada masa yang sama, beliau tidak berasa teragak-agak untuk mengenakan hukuman kepada orang yang enggan menunaikan kewajiban agamanya. Beliau tidak memilih kasih dalam perkara yang berkaitan hak-hak Allah.

Pernah suatu ketika laporan sampai kepadanya bahawa anak gabenor Mesir lantikannya iaitu Amru bin al'As r.a. telah memukul lawannya yang mengatasi beliau dalam perlumbaan kuda. Alasannya adalah beliau ibn al-akramin (anak orang-orang yang mulia) sedangkan pemuda Qibti itu adalah rakyat biasa. Sayidina Umar r.a menjemput kedua-dua pihak yang terlibat dan setelah mengesahkan kebenaran tragedi itu, maka beliau menyuruh lelaki Qibti itu bertindak balas terhadap anak gabenor kerana perbuatannya itu.

Sebagai tambahannya, Amru turut dicemeti oleh Umar r.a. seraya beliau mengumandangkan kalimah yang hebat yang bermaksud:

"Sejak bilakah kamu boleh menjadikan manusia sebagai hamba walhal ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?"


Wallahu'alam. Ayuh kita sama-sama contohi hebatnya kepimpinan Sayidina Umar r.a.



Sumber: Majalah Solusi Isu 21

Amanah...

Salah satu teka-teki Imam al-Ghazali kpd anak muridnya, "Apakah perkara yg paling berat di dunia?" Seorg pun ank muridnya x dapat jawab. Lalu beliau pun m'jawab: "Amanah". Memang benar apa yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali. Bahkan apabila Allah ingin m'berikan amanah kpd bukit maka hancurlah bukit t'sebut kerana x tahan dgn bebanan n tggjwb yg diberikan. Rasulullah s.a.w. pernah b'sabda: "Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya." Malah banyak lagi dalil n hadis yg menyentuh mengenai amanah. Pesanan Imam al-Auza'i kepada Khalifah al-Mansur, pemerintah Abbasiyah: "Sesiapa yg benci kebenaran, sesungguhnya dia benci kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi m'benarkan. Hendaklah tuanku tegakkan kebenaran & keadilan ke atas rakyat. Tutuplah keaiban mereka. Jgnlah dikunci pintu rumah tuanku atau mengadakan penghalang antara tuanku dgn mereka. Hendaklah tuanku b'gembira dgn nikmat yg mereka terima & b'simpatilah dgn musibah yg menimpa mereka. Sesungguhnya yg paling berat ialah berdiri tegak utk menegakkan kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yg mencari kemuliaan dgn mentaati Allah nescaya dia akan diangkat & dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dgn membuat maksiat kepada Allah nescaya dia akan dihina & direndahkan oleh Allah." Pesanan ini bukan sahaja utk pemerintah tetapi kita sbg pelajar yg diberi amanh dlm sesuatu perkara mestilah m'jlnkan amanah dgn sebaik mungkin. Jadikanlah Rasulullah n para sahabat  sbg idola n contoh teladan dlm m'jalankan tggjwb. Sama2 la kita memelihara amanah sbg hambaNya, umat Nabi  s.a.w., seorg anak, seorg pengawas sklh, seorg pelajar n byk lagi. Moga Allah menerima segala ibadah kita n membantu kita utk m'jalankan amanah sebaiknya. InsyaAllah.

 

Tazkirah...

Kecantikan seorang wanita t'letak sejauh mana dia dapat menahan malunya sementara kegagahan seorang lelaki t'letak sejauh mana dia dapat menahan marahnya.  -Hukama'-

Wednesday, February 2, 2011

Beristighfarlah...

Drpd Abu Said al-Khudri r.a., katanya "Aku m'dgr Rasulullah s.a.w b'sabda yg b'mksd: 'Iblis b'kata kpd Tuhannya: 'Demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akn selalu menyesatkn ank keturunan Adam selama mana roh msih berada di dlm jasad mereka.' Allah m'jwb: 'Demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akn selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu."