Total Pageviews

Thursday, April 28, 2011

27 APRIL...

Hari ni merupakan hari lahir ana tp ble dh besar ni hari lahir ni wat kte sdih je kn sbb mkin lme mkin tua. Mkin tua mkin dkt dgn maut. Umur mkin pendek. Ble kte dh mkin dewasa ni, smbut la hari lahir kte dgn cara seorg yg dewasa. Ana rse klau nk beli kek x pelah. Skdr kek. X perlu kot nk wat parti besar2...mcm bdk kecik. Smbut la hari lahir kte dgn cara Islam. 

1)Klau larat bgn qiamulail utk mlm sblm hari lahir kte, wat la. Solat tahajjud-moga kte sntiasa dpt ktenangan jiwa, solat taubat-mnta ampun sgala dosa slama kte hidup kt dunia ni, solat hajat-mnta Allah berkati khdpn kte dunia akhirat insyaAllah n solat witir-solat yg plg Allah suka sbb bilangan yg ganjil.

2)Puasa sunat.

3)Mulakn azam baru utk berubah ke arah yg lbh baik n doa moga istiqamah dgn kebaikan t''sebut insyaAllah.

Lakukan 3 p'kara di atas sedaya upaya. insyaAllah moga hari t'sebut penuh dgn kbrktn...skdr p'kongsian. Andai t'guris hati, ampun dipinta. Wallahualam.Allah Maha Mengetahui sgalanya. Moga kte m'jd hmbaNya yg taat pd perintahNya n m'jauhi sgala laranganNya insyaAllah agar dpt m'capai mardhotillah yg diidam2kn...Amin.

24 APRIL 2011...

Hari ni merupakan hari yg plg cbuk n seronok bg ana. Sbb apa? Sbb hari ni merupakan hari sukan Tadika Khalifah Bestari. Apa kene-mengena dgn ana? Ana kje kt c2 la smbil tggu kptsn upu insyaAllah. Start kje kt tadika ni dr awal bln 4. Sronok la kje kt c2 sbb bleh main dgn bdk2 yg sgt comel2...:-)

PAGI:
Pg2 ana dh diambil oleh kwn ana, Anisah(kwn sekerja la ni) di umah ana. Dalam kol 7.45 kami smpai di tmpt sukan yg akn diadakn, padang German-Malaysia Institute (GMI). Dkt je dgn umah ana. Wow...sudah rmai murid2 n ibubapa serta kluarga masing2 b'kumpul kt padang 2. Suasana sgt meriah. Ptg smlm para guru tadika ni dh hias padang n khemah cntik2...wlaupn mse 2 tgh petir n hjn...kami ttp tguh b'diri hias khemah utk sukan. Sronok sgt. Dpt rse mcm kami ni 1 kluarga. 
Dlm kol 8.30 pg, semua murid2 dh mula b'kumpul dlm barisan rumah masing2 utk p'barisan. Semua comel2 n b'smgt. Para guru pd hari ni seragam dgn t-shirt n tudung warna pink. Meriah dgn lagu2 nasyid yg b'kemundg. B'gema satu GMI. Lagu2 islamik yg menaikkan smgt. Comel sgt murid2 dlm p'barisan. Rumah kuning, hijau, biru n merah. Masing2 dgn smgt rumah masing2 n lagu tema yg sgt cute. Akhirnya rumah merah m'jd juara. Thniah2... Sukan diadakan sampai kol 12 tghari. Sronok + b'syukur sbb dpt slesaikn 1 prgm sukaneka tadika. Antara prgm besar dlm prncgn thnn tadika. Hari ni juga ana dpt knal dgn lbh rapat dgn murid2 n famili2 diorg. Hbgn antara cg pn mkin rapat. Kt bwh ni ana ada upload gmbr ckit2...skdr kngn:-)

Nisah...



Merah juara...

Cg Ton, guru besar tdika...

Kuning,yellow,asfar...


Iman-ketua murid

Merah,red,ahmar...

Para guru tdika...



Asma'








Wan Zul yg cute...


PETANG:
Slps abis sukan, blk umah. kkk ana, kak Nadrah ajk gi pesta bku dgn adk2. Apa lg, letih2 pn gi la gok sbb mmg dh lme nk gi pesta bku. Lg pn cdg nk jmpa dgn shbt2 dr dgun yg ada kem HIMEGA kt UIA, Gombak...mizah,tmoh,huda,nisah,aina,ftin nadiah,leha,kak yong,temot,frh frhn,hjr daud n ramai lg la... Kimah pn dtg tp dia dtg dgn famili tp x tau la ada rezki x, nk jmpa. Ble smpai je PWTC...alahai rmainya org. Nk cari parking pn agak ssh. Alhmdulillah ada gok. Solat zohor kt surau dlm PWTC. Rmai org smpai beratur pjg nk amik wudu'. Dahsyat2. Subhanallah. Lps solat trus pusing2 dlm bgunan 2 tgk pameran bku la. Round2 tetiba jmpa Raihan n Aizat tgh b'nasyid ats stage kt ruang utama dlm bgunan 2. Lps tgk diorg nasyid jap, then pusing lg tgk gerai2 yg ada dlm bgunan 2. Mcm2 ada. Adk2 ana mula la cbuk ble nmpk booth Ana Muslim. Haisy...x pelah. Lyn je la krenah bdk2 ni. Ana nmpk poster novel Dlm Mihrab Cinta. Ana rse mcm best je novel 2. So beli la satu. Gi kt booth Telaga Biru. Cari novel baru Hilal Asyraf. Nmpk satu novel mcm menarik je tjuk Matahari. X tau la ni novel de latest @ ana agk ketinggalan zmn...hehe. Apa2 pn sronok b'jln2 dlm pesta bku. Ana cntact shbt ana yg ada dlm kem HIMEGA tp sorg pn x angkat phone. X pelah sbb ana dh nk blk. Xde jodoh la 2. Nnti klau ada ksmptn lg, dtg la KL lg ye:) 





MALAM:
Tghari td sblm penutup sukan, pengacara mjls ada jmpt kpd smua yg b'mnt utk gi prgm GIG 4 GAZA, mlm ni bleh la dtg kt presint 4,ptrjy. Lps mgrb td, kwn ana, Nisah bg msg. Dia ajk gi prgm 2. Ana rse agk letih sbb seharian dh b'jln. Ana juz kabo je la kt kkk2 ana psl prgm ni. X sgka la plop diorg b'mnt nk gi. So dgn rela hati, gi la tmankn diorg. Prgm ni anjuran nasyid underground. Ble smpai je kt prgm 2, rupa2nya prgm dh nk abis. Apa x nya...dh gi kol 10.30 mlm. Mmg la...Ble smpai je jmpa kak Fatimah Syarha, novelis islamik dgn suami dia, Dr. Farhan Hadi tp x smpt amik gmbr so pndg dr jauh je la kn. Ble msk je dwn 2, tgk2 tggl 3 p'smbhn je lg. Mmg klakar la kn tp xpe sbb kami still dtg kn. Rmai la jmpa artis2 nasyid. Best sgt. Bgs prgm mcm ni. Kumpul dana utk bg kt saudara2 kte kt Palestin. Smoga mereka smua diberi kekuatan utk terus m'perjuangkn Islam n tnh air mereka...bgitu juga dgn kte. Smoga sntiasa tguh dgn Islam dlm diri ini insyaAllah.


  


So stkt 2 je utk kali ini. Moga kte sntiasa m'cari pglmn n timba ilmu dlm khdpn seharian. Klau ada slh clap tlg ampunkn. Smoga kte m'jd lbh matang n lbh baik dr hari ke hari n m'jd manusia yg b'guna utk kluarga, agama n ngara insyaAllah. Wallahualam.












Saturday, April 23, 2011

Solat Istikharah...

Adab-adab istikharah

1-  Hadirkan niat yg ikhlas.
2-  Istikharah pd semua perkara yg dibenarkan oleh syarak.
3-  Perkara yg tidak ada mana2 kemahuan (xjelas keputusannya).

4-  Melahirkan rasa sangat berhajat.
5-  Solat 2 rakaat.
6-  Berdoa selepas solat istikharah.
7-  Melakukan apa yg baik baginya.

Daripada Jabir r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: ‘’Apabila seseorang kamu berkeinginn kepada suatu perkara, maka ruku’lah (solat) 2 rakaat bkn sbg solat fardhu, kemudian berdoa; ‘’Wahai Tuhanku, aku mohon pemilihan dgn ilmuMu, & aku memohon kekuatan dgn kekuasaan Kamu,& aku memohon kpdMu daripada kurniaan Mu yg agung, sesungguhnya Kamu mampu dan aku tidak mampu, & Kamu Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, Kamu Maha Mengetahui perkara ghaib, wahai Tuhanku, sekiranya Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku, pada agamaku, dan kehidupanku dan kesudahan urusanku @ baginda bersabda: urusanku di dunia dan akhirat- maka takdirkanlah untukku kebaikan dan permudahkan kepadaku dan berkatilah kepadaku akan urusan tersebut. Sekiranya Kamu Mengetahui (mmg Allah mengetahui) perkara ini buruk bagiku, pada agamaku dan kehidupanku dan kesudahan urusanku @ baginda bersabda: urusanku di dunia dan akhirat- maka palingkanlah (jauhkanlah) aku daripadanya dan perkara tersebut dariku, & takdirkanlah untukku kebaikan di mana saja ia berada, kemudian redhailah aku dengan perkara tersebut. Dan berkata Nabi saw lagi: ‘Sebut org yg berdoa akan hajatnya (yg diinginkannya)’.
(Riwayat Bukhari)

Saturday, April 16, 2011

CARA MEMPERMUDAH BANGUN MALAM...

Imam Ghazali rah.a. telah membagi asbab (cara memudahkan) bangun malam menjadi dua, yaitu zahir dan sebab batin.

Asbab zahir yaitu:
Menyedikitkan makan, kerana banyak makan akan banyak minum dan banyak tidur sehingga susah bangun tahajjud.
Mengurangi kesibukan, keletihan dan pekerjaan-pekerjaan berat di siang hari kerana apabila terlalu letih maka akan banyak tidur.
Jangan meninggalkan qailullah (tidur pada siang hari) kerana ini juga akan memudahkan bangun malam. Rasulullah saw bersabda “Qailullah-lah di siang hari dan carilah pertolongan Allah Qiyamullail”.
Hindarilah maksiat dan dosa-dosa kerana ini juga memudahkan bangun malam. Sebab apabila seorang berdosa maka hatinya akan keras dan kerasnya hati akan menjauhkan diri dari Allah SWT.

Asbab Bathin yaitu:
Menjaga hati dari sifat kinah (mengada-ada), bid’ah serta merisaukan dan memikirkan perkara duniawi, kerana barang siapa sibuk dengan memikirkan dunia, ia tidak akan mudah untuk bangun malam.
Takut akan akhirat, membayangkan pemandangan neraka, dan menahan tidur manusia.
Fikirkanlah keutamaan tahajjud yang tertera dalam ayat al-qur’an, hadits, dan atsar. Supaya timbul ghairah dalam hati untuk mendapatkan pahala.
Timbulkanlah keyakinan dalam hati bahwa berapa banyak ayat Al-qur’an yang di baca dalam solat, hakikatnya adalah berbicara pada Allah SWT dan Allah SWT mengetahuinya.




Tuesday, April 5, 2011

Bernilainya Hikmah...


Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak.Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."
"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.