Total Pageviews

Friday, October 7, 2011

Aquaria @ KLCC

Alhmdulillah...Hari ni ana berpeluang pergi ke Aquaria @ KLCC dengan my classmate, Salwani dari negeri Kelantan. Sebenarnya, kami x rancang pun pergi ke sana tapi tetiba rasa teringin nak gi sebab tak pernah pergi pun sebelum ni. Dulu, masa family gi, ana duduk asrama so x dapat la join family. Untuk pengetahuan korang, kalau nak masuk Aquaria:
Adult with mykad-RM35
Student-RM30 (dgn syarat bawa matric card tau)
Children-hehe..x ingat tapi memang la murah sikit dari adult kan..



Alhamdulillah dapat la tengok pelbagai hidupan dalam laut. Subhanallah! Cantik sangat...pelbagai jenis. Dari sekecil-kecil ikan sampai sebesar-besarnya. Berwarna-warni. Paling best bila masuk terowong bergerak.



Dapat tengok ikan pari n shark bapak besar. Memang kalau pecah cermin 2 x sempat lari la. Habis kena makan dengan shark 2. Tapi jangan risau insyaALLAH kukuh cermin kaca 2. Tebal. So jangan takut la nak datang aquaria. Best! Baru dapat tahu betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Tapi kalau datang masa cuti sekolah, panjang la kena beratur ye. Harap bersabar la banyak2 ye.

Ikan pari yg sangat besar

Ikan nemo yg comel:)

Shark yg menakutkan

Ikan pari yg besar & panjang



So itu je la setakat ni. Nak maghrib dah ni. Manfaat kan masa yg ada dengan perkara2 yg b'faedah n sebaik2nya yang dapat menambahkan iman. Ok...Wallahualam.

Monday, October 3, 2011

Mencari ketenangan dalam hidup...

video



*video ni dipetik daripada salafus-sholih.bogspot.com

9 ibrah yg dapat diambil daripada video di atas:
-Belum tentu orang yang kaya akan berasa bahagia dan tenang walaupun kekayaan adalah penyumbang kepada kebahagiaan.
-Jika ALLAH menghendaki kebahagiaan kepada seseorang, tidak akan ada tangan yang mampu menghalang dan jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, tiada tangan yang mampu membantu.
-"Cukuplah ALLAH bagi kami, Dialah sebaik-baik Pelindung." Surah al-Imraan:173
-Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil dan kehidupan sangat luas.
-Tidak salah kita mengharap yang belum ada namun jangan lupa bersyukur dengan apa yang sudah ada.
-Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
-"Jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya kamu tidak akan mampu meghitungnya." Surah Ibrahim:34
-Segala yang ALLAH kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya.
-"Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita." Surah at-Taubah:40

Sunday, October 2, 2011

Lau kana bainana...

Alhmdulillah wa syukurilah msih berada dlm nikmat yg t'besar iaitu Iman & Islam.
Tadi baru je tgk rancangan Arab tajuk Lau kana bainana (jika baginda bersama kita) di saluran TV Hijrah-Segalanya bermula di sini setiap hari ahad pukul 9 malam. hehe...
Rancangan yang sangat bagus. Rancangan yang menyedarkan kita betapa masyarakat Islam kini sangat terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, walaupun sekecil-kecil perkara. Bagaimana jika Rasulullah s.a.w masih hidup pada zaman ini, pasti baginda akan sedih melihat tingkah laku umatnya. Sama-sama muhasabah diri.
Alhamdulillah ana dapat 3 ibrah (pengajaran) daripada rancangan ni:

1. Sebarkan salam antara kamu.
Sebagaimana yang kita tau, umat Islam sekarang ni makin lama makin x rasa nilai kasih sayang antara satu sama lain sedangkan Islam merupakan agama mawaddah wa rahmah.Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya setiap mukmin adalah bersaudara." Jadi mengapakah kita berasa malu untuk memberi salam kepada saudara  kita sendiri?

2. Mulakan dengan diri kamu.
Antara salah satu cara untuk berdakwah ialah bil hal iaitu dengan cara menunjukkan teladan yang baik dan sebaik-baik qudwah hasanah ialah Rasulullah s.a.w. Jadi, kita tidak perlu bercakap banyak kerana dengan akhlak kita yang baik dan mulia yang telah diajar oleh baginda, pasti ramai boleh melihat keindahan Islam dalam diri kita insyaALLAH. So, tunggu apa lagi? Untuk memulakan sesuatu yang baik, diri ini yang harus mulakan dahulu.

3. Tepati Masa
Allah telah bersumpah dalam al-Quran, "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali yang saling menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran." Kini kita dapat lihat kebanyakan orang Islam   sudah tidak sedar akan kepentingan masa. Sebagai tamsil, seorang pelajar Islam yang selalu hadir lambat ke kelas. Hal ini pasti diberi pandangan negatif oleh non-muslim. Rasulullah tidak pernah lewat walau seminit pun dalam sesuatu perjanjian. Contohilah baginda.

Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri, melihat semula dalam diri kita adakah kita benar-benar membawa imej Islam dalam hidup ini untuk masyarakat sekeliling? Bagaimanakah jika benar-benar baginda s.a.w berada di samping kita kini? Pasti baginda sedih. Ayuh! Kita bangkit untuk menghidupkan semula cara hidup Islam agar baginda gembira melihat kita. Wallahualam. Lau Kana Bainan...