Total Pageviews

Saturday, May 21, 2011

InsyaAllah

Isnin ni 23/5 ana akn b'daftar sbg pelajar Matrikulasi Pahang. So, shbt2 n p'baca sekalian...tolong doakn kjyaan ana ye. Klau ada rezeki dpt UIA, x tau la gane. Tengok la dulu. Apa2 pn istikharah yg penting. So blog ni mybe akn ditinggalkn tapi x tau berapa lama. Wallahualam. Jmpa lg insyaAllah.:-) <3

Monday, May 9, 2011

ERAT 2011

Alhmdulillah...petang tadi baru je lepas majlis penutup program ERAT 2011. Program apa sebenarnya ni? Haha..program ni sebenarnya program utk pljr2 lepasan SPM,STAM,Matrikulasi n STPM. Program diadakan sbg p'sediaan kami melanjutkan pljrn ke IPT la. Program ni selama 3 hari 2 malam. 3-5 mei 2011. Antara program yg sgt best n b'manfaat pernah ana pergi. Nak dikatakan pelajar2 yg datang program ni dari seluruh Malaysia la. Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, N9, KL n byk lagi la. Sabah & Sarawak je xde...rsenya la. Kat mne ek program ni buat? Kat Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin yg lebih popular lg dgn nama Masjid Besi di Putrajaya. Sebenarnya program ni anjuran IKRAMteen,KARISMA n Masjid Besi. Byk ilmu yg kami dpt mengenai IPT. Ada bbrapa slot dlm program ni. Antaranya, 1 LOVE (mcm ice-breaking la tp main music chair n bbrp game lg), U Idamanku (slot utk reka U sndiri n grup ana plh UMIMO, U rekaan kami utk wanita shj sbb nama grup kami MIMOSA PUDICA, nama saintifik bg pokok semalu utk pengetahuan antum...grup yg pemalu tp nama UMIMO ni la antara nama U yg paling dpt sambutan hangat..), Langkah Menuju Jaya oleh Dr. Roselainy Abd Rahman, Kesesuaian Bidang oleh Dr. Adnan tp full speaking (wat ujian personaliti skali), Explorace @ Putrajaya (favourite slot setiap pserta kot...sgt seronok n puas. Dapat pgalaman naik bas satu hari), Jejak IPT (kak2 n abg2 fasi citer pasal kos n U msg2...dpt p'dedahan psl byk kos n U) n Studio ERAT (p'smbhn drpd setiap grup la ni). Apa2 pn time kasih kt penganjur n para fasi yg b'tungkus-lumus mengadakan program ni. Syukran jaziilan. Dapat ramai shbt2 baru. Jadi di bawah ni ada diselitkn kenangan kami di program ERAT 2011:-)






Grup MIMOSA PUDICA...malu2 smua ahlinya:)

UMIMO

Music chair



Sunday, May 1, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??

Pada suatu petang... berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya ?"

"Hmm, iya.. boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke ?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya ?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh ?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya ? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa.. kan ? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan ?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke ? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan.. soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.



Renung2kn la n slmt b'amal...:) Wallahualam.