Total Pageviews

Thursday, January 27, 2011

Andai diri sehebat ZINNIRAH

Bismillah...

Teringin berkongsi satu sirah dgn para pembaca sekalian. Sirah tu maksudnya sejarah. Dan sejarah itu penting dan x seharusnya kita ketepikan,lagi2 kita ni umat Islam. Belajar dari perkara silam membantu membina umat yang lebih gagah berdiri,teguh hati meredah dugaan.Tabah jiwa walau dihujani cabaran yang tidak putus-putus,setabah Zinnirah di medan dakwah.

Sirah hari ni ana nak berkongsi sedikit tntang seorang wirawati Islam.Namanya x asing, lagi2 kalu  pembaca ni peminat lagu UNIC. Pernah dengar nama Zinnirah?Tahu sejarah hebatnya? Ana pun x tahu,hari ni baru tahu. Tengah2 dengar lagu Zinnirah UNIC, terasa nak check dlm internet sirah hidup wanita agung ni. Jom luang sedikit masa baca sejarah Zinnirah,contoh wanita terhebat. (ana copy dari website lain, aci kan?) :

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. 
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. 

              Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat. 

               "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah... 

               Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa." 

Hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.



“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

     
       Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. 


Hebat kan Zinnirah. Andai diri mampu jadi sehebat Zinnirah,percayalah diri itu adalah insan paling bertuah. Benar, tiada gantian paling mahal melainkan iman sekukuh itu dalam menempis hasutan duniawi serta menawan misi memiliki kebahagiaan di akhirat.Ya Allah,andai diri ku mampu jadi sehebat itu......


UNIC - ZINNIRAH (NASYID)

Sunday, January 23, 2011

Sunat kejutkan org tidur ketika...

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut: 


Pertama:
 Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidaklalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat ataumenggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

 Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (darijatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-manapihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

 Keempat:
 Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagitidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
  “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudianmatahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

 Kelima:
Tidur waktu subuh.Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

 Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh,
beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

 Keenam:
 Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadisyang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembangselepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

 Ketujuh:
 Tidur lepas solat asar.
 Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

 Kelapan:
 Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman. (sebab tidak di ketahui, jika sahabat tahu sila kongsi)

 Kesembilan:
 Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi).
 Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidurmeniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

 Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkanisterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

 Kedua belas:
 Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....



Pengalaman yg xkn dilupakan...

Mlm Sabtu lepas (22/1) ana gi reunion Al-Amin, Kerteh... sronok sgt jmpa shbt2 lama. Alhamdulillah seme nmpk  b'pakaian islamik n menyejukkan mata. Seorg hafiz n seorg hafizah telah lahir dlm kelompok kami. 2-3 org lg hafiz akn lahir x lama lagi InsyaAllah. Alhamdulillah, ana bila?? ntahlah. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Guru2 yg dtg mlm 2 cma 3 org je. Muallim Nordin, Muallimah Norlida n guru besar Al-Amin skrg, Tc Sal. Satu mjls yg sederhana shj. InsyaAllah lepas ni kita wat lebih hebat tapi yg pntg m'dpt keredaan Allah, InsyaAllah. Tapi sbnrnya ana nk citer kisah keesokan harinya, ana n seorg lagi shbt ana, Asma' dtg dari Bangi so kami nk blk ptg Ahad la. Pada ahad pg, Tc Sal jmput kami utk m'bantunya di sklh. Kami on je la sbb xde keje nk buat kn. Tetiba tc sruh ana m'gntikn muallimah yg mc sbb ank dia patah kaki. Subjek yg perlu ana ajar, Matematik, Fiqh n Tajwid. Alamak... ana bleh buat x ni??? Ajar murid2 thn 3,5 n 6. xpe. Ana cuba buat yg t'baik. Pg 2 ada p'himpunan. Bdk2 ni tgk pelik dh kt kami sbb muka baru kn... Ada la ana dgr bdk2 ni bisik2 "Muallimah baru la". he3. Pastu ada hafazan. X ssh pn. Tasmi' diorg je. First class, ajar murid2 thn 6 sbjk matematik. Alhamdulillah. Undercontrol. Seme baik2 n mudah faham. Second class thn 5 sbjk tajwid. Aduh...dah lama ana x buka buku tajwid ni. Nasib baik diorg baru bljr psl Makhraj Huruf. Bleh la cover skit2. Tapi bdk2 ni nakal skit la yg baninnya. Banat pndai. Yg bgusnya ada la sorg banin ni nk jadi Imam Muda bsr nnti. InsyaAllah muallimah akan doakn moga cita2 anta t'capai ye. (he3 muallimah smntara). Kelas yg bising tapi msih bleh dikawal. Third class thn 3 sbjk fiqh. Kelas yg sgt bising tapi bdk2 ni dgr cakap. Bgus2. Oh, ana lupa. Shbt ana sorg lg ganti muallim yg baru dpt anak. Dia kte tension ajar bdk2 ni tapi ana rse seronok sgt. Walaupn diorg bising tapi diorg dengar kata lagi. Sbb 2 org tua2 kte kalu nk lentur buluh biarlah dari rebungnya. Mcm manusia gak, klau masih kecik ni sng dgr kata sbb hati lembut n bersih lagi. Sronok sgt2. InsyaAllah ana akn dtg lagi Al-Amin klau ada masa. X pelah jadi muallimah shari je pn asalkn dpt pgalaman yg sgt2 b'harga ni. Barulah ana rse gane prasaan cikgu2 slama ni. Skrg Alhamdulillah ana dh smpai Bangi. Rabu ni insyaAllah sedia utk kursus amali. Then tggu utk lesen 'L'. Tapi still xleh drive atas jln besar lg...x pelah. Jadi kpd penganggur SPM...gna la mse sebaiknya ye.

Thursday, January 13, 2011

Betulkan Niat...


Penyakit hati mmg susah nk elakkan...
Ujub, riak, takbur adalah perosak hati n amalan kte. Jadi, bila pyakit ni dtg...cepat2 la istighfar. Ana nk kongsi satu hadis Nabi S.A.W : Perkara p'tama yg akan diputuskan pd kiamat ialah seorg syahid. Allah akan b'tanya perbuatannya t'hadap nikmat Allah. Lalu dia m'jawab, "Saya telah b'juang utkMu sehingga syahid. Lalu Allah menolak syahidnya kerana dia b'juang supaya dikenali sbg pahlawan. Begitu juga seorg pelajar yg pandai & mengajar al-Quran semata2 utk dikenali sbg qari. Seorg hartawan yg suka m'derma ketika hidupnya utk dikenali sbg dermawan. Amalan golongan ini ditolak & dicampak ke dlm neraka." 
Nauzubillah...Jgn kita msk dlm golongan ini. Jadi, sme2 la kita betulkan niat kita dlm melakukan sesuatu p'kara. Ikhlaskan niat agar amalan kita diterima olehNya InsyaAllah & doa moga pyakit hati tidak melekat dlm hati kta. Amin.

Wednesday, January 12, 2011

Astaghfirullah...

Alhamdulillah...
Smlm ana dh slesai m'hdpi satu lg ujian dlm hidup ana iaitu ujian memandu...hihihi (kira ujian la jugak kn...)
lulus n ana b'puas hati n sgt b'syukur dgn kptusnnya(47/50).
Smuanya Allah la yg berikn pd kita...
Kita hnyalah usaha n b'doa kmudian b'twkl agr Allah brikn kptsn yg t'baik n cmrlg kt kita...
Tapi bkan p'kara ni yg ana nk ketengahkan. Ini cuma muqadimahnya.

Ana amik lesen kt KL so ana nk share la dgn shbt2 ana yg ada kt pntai timur...yg sgt2 ana rindu...
Slama ni kte duk kt dlm dunia sklh asrama maka kita x sdar perubahan yg t'jd di dunia luar dr sklh kte...
Bdk2 yg amik lsen dgn ana ni kbykn mmg sme umur dgn kte n sklh di skitar kota 2 je la...
Tapi ana sgt sdih ble ana tgk cara b'pkaian n p'gaulan mereka. Kdg2 ana xleh nk knal...bdk ni chinese ke melayu?? Alhmdulillah ana amik lsen dgn 2 org shbt ana dr al-hidayah johor sorg n al-amin bangi sorg... Kdg2 kami bkn xnk dekati diorg tp mgkn diorg pn amik lsen dgn kwn2 sme sklh so b'laku la sdkt jurang kt situ... Tapi apa yg pntg kte sbg seorg Islam mstilah tnjukkn akhlak yg baik kt diorg...wlaupn kdg2 ada sglintir pndg bdk2 yg pkai tudung labuh ni agk pelik tp kita still kna smile to all n jge pndgn(wlaupn agk ssh skit)... betul la apa yg disebut dlm sabda Nabi S.A.W: "Ssgguhnya Islam dtg scra dagang n akn kembali scra dagang." Dunia akhir zaman kini tlh m'buktikn kbnrn kata2 Nabi itu. Skrg kte tgk org yg m'amalkn cr hidup Islam sdkt n ble diamalkn nmpk pelik. Kte tgk pd pakaian. Brape ramai pemuda Islam yg pakai sluar pjg utk b'sukan? Malah kini mkin ramai yg m'anggap b'seluar pndk 2 satu fesyen t'kini utk ke bndr... Brape rmai pemudi Islam yg pkai tudung yg memenuhi syara'(tutup dada) n bkn skdr fesyen? fikir2 kn la... Adakah lyk negara kte diknali sbg ngara Islam? Jadi tuan rumah utk p'temuan OIC? Jadi pengerusi bg organisasi t'sebut?

Jadi kte sbg hambaNya yg tlh diamanahkn utk m'jd khalifah di muka bumi ni sptutnya m'jlnkn amanah yg diberi dgn sebaik2nya... dan kpd hamba Allah yg ada ksedaran dlm diri ni utk melihat kbgkitan n kegemilgn Islam... apa yg kita tggu lg? mari kita sme2 b'juang n b'usaha utk m'p'baiki diri n b'dakwah kpd org lain... mula2 dgn famili n seterusnya spt yg t'catat dlm ruangan OUR VISION kt blog ana ni(sblh kanan)... Moga2 kita sntiasa m'dpt hidayah dr Allah n mardhotillah kerana itulah tujuan sbnr hidup kita di muka bumi Allah yg smntara ni. Sgala yg baik 2 dtgnya dr Allah & yg buruk 2 dr diriku yg lemah ni...moga sme2 kita dpt pgajaran drnya...
Wallahualam.




Friday, January 7, 2011

Salam Tazkirah...

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Thursday, January 6, 2011

Syukran ya Murobbi...

Tc. Zatil, Mizah n Ifah (dlm kls 4MB5 2009)

Cg. Rani

Ustzh Aminah n Tc. Hasyimah

Shbt2 5MB1 with (dari kiri-Tc. Norul, Cg. Rokiah, Tc. Hidayah, Cg, Rosmani n Cg. Zainab).

Tc Hidayah - My Mentor

Ust. Azwa - Cg Disiplin

Warden SMKAKA- sori la amik gmbr curi2 hihi

Ust Salleh b. Abu Bakar - Mudir

Thanks a lot 


SMKAKA (2006-2010)
1MB4 2006
Guru Kelas : Ustazah Hamidah
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Rosmaini
BA : Ustazah Siti Sara
MM : Cikgu Zainab
SN : Cikgu Zulkiflii
KH : Cikgu Rohani
GEO : Cikgu Wan Norsihah
SJ : Cikgu Norehan
PAI : Ustazah Hamidah
SV : Ustaz Alias
PJK : Cikgu Anisah



2MB4 2007
Guru Kelas : Ustazah Noraini
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Salmawati
BA : Ustazah Noraini
MM : Teacher Mazidah
GEO : Cikgu Rafiah
SJ : Cikgu Napisah
PAI : Ustazah Hamidah
SN : Teacher Noriah
KH : Cikgu Rohani
PJK : Cikgu Anisah
SV : Ustazah Hamidah / Ustazah Maimunah

3MB6 2008
Guru Kelas : Cikgu Wan Norsihah
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Norhayati
BA : Ustaz Sulaiman
PAI : Ustazah Aminah
GEO : Cikgu Wan Norsihah
KH : Cikgu Rohani
SJ : Cikgu Zuraida
SN : Teacher Salimah
MM : Cikgu Zambala
PJK : Cikgu Zaharah
SV : Cikgu Nik Maimun
Mentor : Cikgu Zanariah

4MB5 2009
Guru Kelas : Ustazah Azizah
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Norulakma
BA : Ustaz Firdaus
SI : Ustazah Roslina
QS : Ustazah Azizah
KM : Teacher Hashimah
SJ : Cikgu Norihan
BIO : Teacher Mazidah
FZ : Cikgu Murshidi
MM : Teacher Zainab
MT : Cikgu Shafie
PJK : Teacher Noraini
SV : Ustazah Rohawati

5MB1 2010
Guru Kelas : Teacher Hidayah
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Norulakma
BA : Ustaz Fakhruddin
SI : Ustazah Roslina
QS : Ustaz Abdullah
SJ : Cikgu Norihan
KM : Teacher Hashimah
BIO : Teacher Hidayah
FZ : Cikgu Murshidi / Cikgu Kamaruzaman
MM : Teacher Zainab
MT : Cikgu Shafie
SV : Ustazah Rohawati
PJK : Teacher Noraini
Mentor : Teacher Hidayah


Terima kasih juga kpd guru2 ku di Tadika An-Nur,Kertih, SRI Al-Irsyad,Kuantan, SRI Al-Amin,Kertih...

Shukran jaziilan atas didikan dan tunjuk ajar yang diberi.
Thank you teachers for the knowledge you give to me.
Terima kasih atas segala-galanya...
Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.
Siapalah aku tanpa dirimu...engkaulah penyuluh ilmuku.
Semoga Allah memberkati dan meredhaimu wahai guru-guruku... 
Uhibbukum wahai murobbiku!!
Doakan kjyaanku di dunia dan di akhirat.





Sunday, January 2, 2011

5MB1 (2010)








Smoga ukhwah kte b'kkln...
Ukhwah fillah abadan abada.
Wlau jauh di mte nmun dkat di hati.
Sme2 kte doa moga kte semua m'dpt kptsn yg cmrlg dlm spm 2010
11 A+ InsyaAllah...
SMKAKA GEMILANG 2010...
Amin.

Cinta & Remaja


Antara slh satu rncgn tv ksukaan ana ialah 'Soal Asyraf' dlm Astro Oasis. Ana suka cr p'dktn yg diguna o Imam muda Asyraf utk trik mnat rmja tgk rncgn ni. Rncgn ni x lme pn. Stgh jam je tp pdt dgn ilmu skali dgn dalil2 Quran n Hadis b'kaitan tjk2 yg dittpkn utk stp episod. Rncgn ilmiah yg ringn n x m'bosnkn. Episod mggu ni psl suatu p'kr yg sgt sinonim dgn dunia rmja...Cinta. Mksd Surah Ar-Rum,21: Dan di antara tnda2 kbsrnNya ialah Dia m'cptakn psgn utkmu dr jnsmu sndiri agr kamu cnderung & tntrm kpdnya dan Dia m'jdkn di antaramu rse ksih syg. Sggh pd yg dmkian itu bnr2 t'dpt tnda2 (kbsrn Allah) bg kaum yg b'pkir. 
Prsaan cnta,ksh n syg itu adalah ftrh mnusia. x dpt dielakkn malah prsaan ini adalah satu nikmat dr Allah. Jd, utk m'jd hambaNya yg b'syukur dgn nikmat kurniaanNya, kte msti m'gnakn nikmat ni sbaik2nya. Guane? Jgn slh gnakn nikmat ni dgn m'luahkn rse cnta kte kpd org yg x b'hak kte brinya tp luahkn la prsaan ni kpd Pemilik cnta kte yg sbnr, Allah. Dia x prnh melupakn n mengecewakn kte. Knape kte nk cntakn org yg x halal bg kte malah srg mengecewakn kte? Sme2 la kte doa moga Allah slmtkn kte drpd cinta palsu ni. Wahai shbt2ku skalian...plihara la cntamu utk Allah psti Allah akn plihara cntamu utk jodohmu yg sbnr yg tlh dittpkn o Allah sjk azali lg. Allah tlh b'firmn dlm kitabNya, Surah An-Nuur,26: Prmpuan2 yg keji utk laki2 yg keji & laki2 yg keji utk prmpuan2 yg keji sdgkn prmpuan2 yg baik utk laki2 yg baik & laki2 yg baik utk prmpuan2 yg baik. 
Moga kte t'msk dlm glgn yg baik, InsyaAllah.

P'soalnnya bgaimne kte nk dptkn cnta Allah? Slh satu caranya ialah cnta kpd Rasulullah, kkasihNya. Amalkn sunnah2nya sdaya yg mmpu. dr skecil2 p'kr shgga sebsr2 p'kr. Hal ini tlh dijlskn dlm Surah Ali-Imraan,31: Kataknlah Muhamad,"Jika kamu m'cntai Allah, ikutilah aku nescaya Allah m'cntaimu & mengampuni dosa2mu." Allah maha pengampun, maha penyayang. 
Konklusinya, plihara nikmat Allah ni sbaik2nya hya utk Allah n RasulNya. Mmg pyh, prit n byk cbrn tp igt la tujuan idup kte di dunia ni utk m'cri Mardhotillah. Rse syg kte juga utk diri sndiri, ibu bapa, guru2 n shbt2 krn sabda Nabi S.A.W: Tidak smpurna iman sseorg itu jika dia x mengasihi saudaranya sbgaimna dia mgasihi dirinya sndiri.  Skian, moga dpt iktibar wassalam. 

Ambil pengajaran...

smlm ana ada tgk satu filem hindustn yg popular la jugak kn... rmai org kate citer hndstn ni x brape elok tgk.. tp smlm ntah mcmne ana rs boring n tgk je la citer 2 dlm astro fiesta kn.. x dpt dinafikn mmg ada scene2 yg x sptutnya kn tp skit je. jgn la tgk mse scene2 2... ana tgk citer 3 idiot... stp citer kdg2 ada pgjrn yg bleh kte amik kn;
1) hero dlm citer 2 psn wlau mcmne ssh skalipn mslh yg kte hdpi, ltk tgn kt ati n sbut 'everything is fine'. wlaupn p'buatn ni x dpt slesaikn mslh kte tp skrg2nya kte akn dpt m'hdpi mslh 2 dgn tng n tbh... always think  positive k...
2)klau kte cmrlg...kjyaan akn menyusuli kte.
3)klau kte nk b'jy jgn main taktik kotor...


thn lps ana ada tgk satu lg filem hndstn...ana bkn pmint hndstn... jgn slh phm... filem my name is khan. citer ni m'gisahkn khdpn muslim di Amerika. Tp ada satu p'kr yg ana x stuju dlm citer ni... p'cmpurn p'khwnn antr islam n hindu... mne bleh dlm islam. anyway kte amik apa2 yg baik dlm filem ni. ana kgum dgn ksgghn hero ni nk p'thn kn islam. dia sgt b'cita2 nk jmpa presiden amerika n ckp 'my name is khan. I am a muslim. I'm not a terrorist' slps insiden yg b'laku kpd ank tirinya. ank tirinya tlh diblsh shgga mati oleh kwn2 sklhnya yg bkn islam disbbkn nme islamnya. sdih la jgak citer dia ni...ada byk lg pgjrn dlm 2 buah filem ni tp x perlu la ana tlis semua kn.

niat ana bkn utk promote filem2 hndstn tp amik pgjrn dgn sgala p'kr yg kte tgk... sma ada dlm filem @ khdpn kte shrian @ apa2 sje yg b'laku dpn mata...lg2 bdk2 ex-form 5 yg menganggur...x wat apa2. manfaat kn mse kte sbb mse sgt2 pntg. Allah pn ada b'smph dlm Quran yg b'mksd; Demi mse, ssgguhnya manusia itu brada dlm krugiaan kcuali yg b'psn2 kpd kebaikn n kesbrn. (surah al-asr).