Total Pageviews

Friday, March 25, 2011

SPM...Alhamdulillah

Tarikh 23/3/2011 adalah tarikh keramat smua calon2 SPM 2010 malah tarikh yg ditunggu2 oleh smua guru SPM n kluarga yg ahlinya t'msk dlm calon2 di atas. Memandangkan ana tggl jauh drpd sklh ana so ana juz kol cg utk tau result. Sehari sblm amik result, guru kelas ana skali gus merangkap sbg mentor ana, Tc Hidayah bg msg sruh kol esok (hari yg nk amik result 2 la) dlm pukul 11 sbb ana awal2 dh bg tau beliau yg ana juz kol je. Ok. Hati dh mula b'debar. Brape la agaknya ana dpt ek? Ya Allah, berikanlah kjyaan yg cemerlang kpd hambMu ni. Dlm kol 10, dh bising hp bunyi msg asyik msk je...ni x lain x bkn msti org nk tny psl result ni. Tkutnya...xpe2. Tawakal je. Ana kol shbt ana, Hamizah yg ada kt sklh. Dia kte 4 org dh diumumkn dpt 11A. Tg. Fatimah Az-zahra, Nurul Nasuha, Siti Aisyah n Shoffiyyah(hrp2 btol la eja ni ye pia). Dlm kol 12, ana pn kol Tc Hidayah. 3x tapi x angkat2. Aik?? Msti cbuk ni. Xpe2. Kol Cg Rokiah la sbb cg msti tau. Skali ana kol cg pn trus angkat. Ble dgr je suara cg, ya Allah nk t'cabut jntg rse. Mula2 nk ckp pn dh t'sekat2. Dh mcm org gagap.Tp kjp jelah. Ble dh mula ckp ok la...So lps tny je, cg trus bilang A kt slip ana. 1,2,3,4,5,6,7....aik? naper senyap ni?(dlm hati). Cg pn ckp,"awak dpt 7A"...Alhmdulillah. Mula2 ada gok rse kecewa skit tp ble dh fikir2 smula, inilah yg t'baik utk ana. Ana igt dgn kte2 sorg senior ana ni, kak Liyana. Dia pesan, walau apa pn result yg kte dpt, 2la yg t'baik utk kte sbb ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg t'baik utk hambaNya. Allah beri apa yg kte PERLU bkn apa yg kte MAHU...

So skrg tgh pkir2 nk smbg bljr kt mne n amik kos apa. Apa2 pn yg paling pntg istikharah dlu. InsyaAllah dpt ptunjuk utk ke mne. Tgk la nnti ke mne la hmba sorg ni menuju ye...utara,timur,selatan @ barat? Ntah la. Wallahualam. Kte hanya b'usaha, Allah la yg menentukannya. Doa kn yg t'baik utk ana ye smua. Ana amat memerlukan doa2 kalian. Syukran. Massalamah...

Friday, March 18, 2011

Cinta Ilahi...



Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.


Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda. 

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.

Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati. 

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya. 

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

Friday, March 11, 2011

Lesen keta...

Salam. Pekabo shbt2 skalian? Moga sntiasa dlm redha Allah insyaAllah. Hari ni ni hari jumaat pd tarikh 11 mac 2011 ana m'hadapi ujian JPJ. Krenya nilah prgkt kemuncak utk calon2 yg amik lsen mmndu. Last ana bljr dgn cg ana, Cg. Shahril ari ahad lps.Pg bljr drive n ptg ada QTI (krenya mcm pra ujian la...) Alhamdulillah cmrlg. 8 jam bljr drive. So 4 hari sterusnya ana stop trus pgg stering. Debo la jugak kn...dh lme x bw keta ni, kang lupa plop step. Tapi abg ana, Saiful Islam yg baik hati sggup la nk ajar ana jap ptg kamis 2. Hampir2 nk langgar tembok tp alhamdulillah abg ana angkat hand brake cepat2. Debo gok dia. Hihihi. Sje je nk wat debo kt dia sbb keta yg kami gna 2 keta kncil kwn dia. Andai kata la dia x tarik handbrake 2 mmg dh lame b'dentum. So, blk je dr bljr dgn abg citer la psl ni kt mak. hihihi. Kna marah la. Mak psn jgn bw laju lain kali. Awk 2 org bru so x tau lg nk agk ble bw laju. Igt F1 ke??

Pg ni ana n shbt2 ana, Asma', Afif Amirah n Naimah yg akn test ari ni gi awal la kt tmpt test 2. Kol 8.30 kami smpai tp betapa t'kjutnya...kna bratur pjg sgt amik no. Igtkn dh awal dh dtg. Rupanya org lain lg awal dtg. Alhamdulillah ana dpt sessi pg. So debo krenya kjap je la... Dia ada 2 sessi. Sessi pg n ptg. Ana n Afif dpt pg while Asma' n Naimah dpt ptg.  Ana dpt no 50. Okla. Xla dpn sgt n xla blkg sgt. Alhmdulillah  test p'tama lulus iaitu naik bukit, parking n 3 pnjuru.  Second, jln raya. Org kte jln ry ni ikut pegawai JPJ gak. Klau dia cerewet ssh la ckit. Mse ana tgh tggu turn 2, rmai la ana tgk calon2 mse mula drive kluar litar dia bw, ble msk blk ke litar pegawai JPJ bw... 2 b'mkna calon 2 gagal. Ya Allah debo nye ambe....

So, tgh2 ana t'menung, dgr la kaunter JPJ 2 pggl no ana. So ana gi la kt kaunter 2 n dia bg borg n sruh ana msk dlm keta yg br kosong 2...Ok. Ana pn bg la salam kt pgawai JPJ 2. Ok la. x la garang sgt tp tgk muka dia boring yg t'amat sgt. Bygknlah dh brape puluh org dia test jln raya kn. Mmg la boring. Dh la seme calon bw slow. Apa2 pn alhamdulillah la seme lancar. Wlaupn hujan turun dgn agk lebat gak n jln licin tp still lulus. Semuanya kuasa Allah. Kte hanya b'usaha n b'tawakal shj... Sblm t'lupa ana nk ucap byk2 time kasih kt Cg Shahril yg ajar ana. So kpd shbt2 yg msh blum amik ujian JPJ, doalah byk2 kt Allah moga sgala urusn dip'mdhkn. Yakin pn sgt pntg utk diri. So nothing to worry. Smoga b'jy kpd shbt2 yg bakal m'hdpi ujian ni ye.  Lps ni debaran utk result SPM la plop. Ya Allah berikanlah sgala yg t'baik utk hambaMu ini. Amin. Wallahualam.

Tuesday, March 8, 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1-Bertakwa

2-Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan qada' n qadar 

3-Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu

4-Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5-Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6-Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

7-Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8-Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

9-Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10-Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11-Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12-Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13-Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14-Berbakti kepada kedua orang tua

15-Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)


Mari sme2 kte mengamalkannya agar kte t'msk dlm golongan wanita syurga ni insyaAllah.

7 Sunnah...

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Friday, March 4, 2011

Zikir...

25/2 yg lepas, ana ada hadiri satu program ni. Nama program tu, KATIBAH. Program ni diadakan di Johor. Sebenarnya ana juz temankan sahabat ana je, Asma'. Program ni anjuran sklh dia, SMI Hidayah (SMIH). So kami pun b'tolak la dr Bangi menaiki bas. P'jalanan dr Bangi,Selangor ke Skudai, Johor dlm 4 jam. Kami menumpang di rumah sahabatnya 2 malam. Ana rasa seronok sgt gi program 2 sbb dpt jmpa rmai shbt2 dr sklh sne. Program katibah ni mcm mjlis ilmu la. Yelah kn...drpd m'bazir waktu dduk kt umah baik gi cari ilmu kn.

Dalam prgm ni kami dpt ilmu baru. Ust yg menyampaikan ilmu ialah Ust Abd Rahim Sahalan, bekas ust di SMIH. Ilmu mengenai ZIKIR. Selama ni rmai yg anggap zikir smata2 melalui mulut shj kn...

Zikir ialah melepaskan diri drpd lalai dgn m'hadirkan hati scr b'terusan melalui lidah, pemikiran n hati.
"Dgn b'zikir, hati2 akan m'jadi tenang"

Lakukan 4 p'kara yg dikira zikir.
1)Sebut nama Allah n lafaz2 zikir.
2)Solat
3)Baca Quran
4)Melakukan Amar Ma'ruf Nahi Munkar

Firman Allah:

*Surah Al-Ankabuut, 45:
"Sesungguhnya solat itu m'cegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."

*Surah Al-A'raaf, 205:
"Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dgn rendah hati dan rasa takut, dan dgn tidak mengeraskan suara pada waktu pagi dan petang dan jgnlah kamu t'masuk org2 yg lengah."

*Surah Al-Ahzab, 35:
"...lelaki dan perempuan yg banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan utk mereka ampunan dan pahala yg besar."

Hadis riwayat Bukhari:
"Perumpamaan org yg b'zikir dgn tidak umpama org yg hidup dgn org yg mati."

Fadilat zikir:
-Tenteram jiwa
-M'betulkan kesalahan
-M'jamin kebersamaan dgn Allah
-M'dpt Mardhotillah
-Halau syaitan
-Hilang keresahan
-Pintu ilmu t'buka
-Kuatkan hati n kuatkan iman
-Hati n wajah b'seri2
-Murah rezeki
-M'dpt kehebatan diri, kemanisan iman n nadrah (kecomelan wajah)
-Sbagai daya penarik
-Malaikat meminta ampun
-Dikasihi Allah n makhlukNya
-Melembutkan hati
-M'hapuskan dosa
-Mudah m'dpt p'tolongan drpd Allah.
-Mengelak drpd penyesalan di hari kiamat.
-Semudah2 ibadat
-Sbgai cahaya di dunia, di dlm kubur, di padang mahsyar n di titian sirat
-Tembok pemisah drpd neraka

Padah tinggalkan zikir:
1)Keras hati
2)Dikuasai syaitan- x suka wat baik
3)Munafiq