Total Pageviews

Thursday, March 29, 2012

Tabahlah saudaraku...

Adakah kita ambil kisah dan prihatin dengan saudara2 kita yang sedang berjuang mempertahankan Islam di Palestin & Syria? Apa yang telah anda lakukan? Mungkin kita jauh daripada mereka dan tidak merasai perit getir mereka tapi ketahuilah, itu bukan alasan untuk kita jawab depan ALLAH di Mahsyar nanti bila di tanya dan di dakwa oleh saudara2 kia di sana. Bangkitlah wahai syabab dan fatayat!!! Sumbanglah apa yang anda mampu walaupun hanya sekadar doa kerana kekuatan dan senjata mukmin adalah doa. Ayuh!! lihat apa yg dapat kita bantu...


Sedarlah sesungguhnya anak kecil ini adalah adik kita...
Sanggupkah kita hanya melihat tanpa berbuat apa2??


Sentiasalah update dengan keadaan saudara2 kita disana...jangan asyik update hal2 keduniaan semata2 tapi tanpa kita sedar masih besar tanggungjawab kita ssebenarnya.

 

Ya ALLAH, bantulah saudara2ku yang sedang berjuang mempertahankan agamaMu ya ALLAH, berilah kekuatan dan keberanian kepada kami...Allahumma ameen. Wallahualam.

Tuesday, February 28, 2012

Palace of Justice

Alhamdulillah wa syukurillah, ada peluang akhirnya untuk update blog yg berkurun lamanya terbiar.

Alhamdulillah juga akhirnya seleai sudah program yg selama 2 minggu dirancang. First time buat kertas kerja kat U. Terpilih utk menjadi Programme Manager (PM) untuk program law students' society (MeLEX), Trip To Palace of Justice. Apa mende 2??

Lawatan ke Istana Kehakiman, Putrajaya. Ingat senang ke nak buat kertas kerja? Alhamdulillah dapat banyak pengalaman n pengetahuan tentang semua mende ni. Lagi satu, dapat kenal ramai orang.

Hari ni, jam 8 pagi kami mulakan perjalanan ke Putrajaya dari CFS IIUM. Bila dah sampai, masing2 excited tengok bangunan ala2 Taj Mahal Malaysia. Kami pusing2 satu tempat tu, masuk dewan persidangan, muzium, perpustakaan n yang paling menarik dapat tengok kes yg sedang dibicarakan dalam Federal Court, kiranya mahkamah paling tinggi la dalam susunan mahkamah di Malaysia. Apabila mahkamah ni dah menjatuhkan hukuman terhadap seseorang penjenayah maka penjenayah 2 dah tak boleh nak merayu.

Seperti kes yang kami saksikan pagi tadi, pasal kes dadah. Pesalah tu dijatuhkan hukuman 'death penalty'. Muka pesalah tadi tu, ya ALLAH...baik je. Umur dalam lingkungan 40++. Bila tengok muka dia, mula terfikir psal famili dia. Kesian pula. Saya memang tak layak jadi hakim. Mudah kesian kt orang. Kes tu dah berlaku 8 tahun lepas tapi baru hari ni dijatuhkan hukuman. Rasa macam ada ketidakadilan dalam prosedur mahkamah di Malaysia. Tapi mungkin saya still perlu banyak belajar. Xpe2...

Moral of the story:
Apa-apa pun setiap manusia xkan dapat lari daripada melakukan kesilapan namun sebaik2 orang yang berbuat silap adalah orang yang bertaubat.

Setiap manusia juga pasti akan merasai kematian namun kita je x tau lagi bagaimana cara kita akan ditarik nyawa. Moga termasuk dalam kalangan mereka yang husnul khatimah.  

Banyak lagi mende yang kita x tau pasal dunia ni n perlu banyak lagi menuntun ilmu n belajar daripada mereka yg berpengalaman. Namun yg paling penting, keperluan akhirat jangan dilupakan kerana kita hanya sementara di dunia ni.Akhirat juga yg kekal abadi.

Setiap program pasti ada kelebihan n kekurangan masing2 namun yg penting kita perlu jaga hablu minallah wa hablu minannas. Yang penting, keberkatan program tu.

So, sampai di sini saja la celoteh n perkongsian saya kali ni. x tau lagi bila dapat update blog ni lagi. Exam tinggal 6 hari je lagi. Tolong doakan kejayaan saya ye:)
Jagalah hubungan dengan ALLAH, ALLAH pasti sentiasa menjaga kamu -pesanan utk diri yg selalu lupa ni-