Total Pageviews

Friday, September 30, 2011

Doa Ibu

Alhamdulillah. Hari ni berpeluang tengok al-kuliyyah. Dah lama x tengok rancangan ni. Hari ni tajuknya 'Doa Ibu'. sebagaimana kita semua tahu, doa ibu ni antara doa yang sentiasa dimakbulkan ALLAH. Apa yang ana dapat daripada rancangan ni ialah ibu yang mendoakan keburukan untuk anak-anaknya merupakan ibu yang paling malang. Kecuali ibu yang telah dianiayai oleh anaknya. Doa merupakan senjata mukmin. 2 doa yang boleh diamalkan untuk keharmoniaan dan kebahagiaan keluarga: 1)Surah al-Baqarah, 128: "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat dan Maha Mengasihani."  2)Surah al-Furqan,74: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri2 dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." Ingatlah! Keredhaan ALLAH bergantung pada keredhaan ibu bapa & kemurkaan ALLAH bergantung pada kemurkaan ibu bapa. Moga kita semua menjadi anak2 yang soleh/ah insyaALLAH. Wallahualam.

Tuesday, September 27, 2011

C.I.N.T.A

Bahaya cinta sebelum kahwin:
-Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
-Menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya utk melupakanku daripadaNya.
-Hati akan terseksa dengan barah rindu
-Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
-Cinta lalai akan menyebabkan aku alpa daripada mempersiapkan diri utk keperluan dunia & akhirat.
-Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
-Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
-Jiwaku terganggu dalam menilai mana yg baik dan mana yg buruk utk diriku.
-Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yg mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
                                                         Nauzubillah!

Tips menepis cinta remaja:
>Tegas dgn prinsip diri (tiada cinta sebelum kahwin)
>Meletakkan misi yg jelas dalam hidup (Mardhotillah)
>Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yg soleh
>Mengekang hawa nafsu
>Mendekati majlis-majlis ilmu
>Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yg berfaedah
>Akrab dengan ALLAH dalam ibadah & kehidupan



*Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & Rasul
  Fatimah Syarha Mohd Noordin

-bacalah buku ni untuk tarbiyah n makanan rohani dalam diri. Cinta sgt sinonim dgn remaja kerana itu adalah fitrah. B'gantung pd remaja itu sendiri bagaimana utk mengawalnya.

Masih muda untuk b'bincang lebih lanjut tntg perkara ini. Hanya utk dikongsi bersama kerana sedih kini sudah terlalu ramai remaja Islam hanyut dlm dunia cinta yg membinasakan.
-Cinta hanya untuk suami dan takkan kukongsi.-

Monday, September 26, 2011

Alhmdulillah...
Bru abis final exam. Doakan la ye moga ana akan najah wa mumtazah fil imtihan insyaALLAH.
So, skrg cuti 3 BULAN. Haish...bukan sekejap 2. Nak buat apa ye?
Nantikn post yg akan dtg utk tau apa yg bakal ana lakukan ye. Hehe (mcm ada je yg menanti)
Wallahualam. (apa2 pn still dlm mood rindu kn shbt2 t'utamanya yg berada di Jordan) :(

Monday, September 12, 2011

Sedih...

Salam Aidilfitri :)
Dah terlalu lama sgt2, ana x update blog ni. Mnta maaf sgt2 sbb mmg xde masa.
Kita masih berada dlm bulan Syawal. Alhmdulillah. Gane puasa Syawal sahabat2 semua? Mesti rmai dah complete kn...mne2 yg still x abis pose syawal 6 hari lg, cepat2 la abis kn ye.

Kenape ana tulis topik utk post kali ni 'sedih'?
Haaa....
Sbnarnya dlm bulan ni ramai sgt sahabat2 ana akan fly ke Jordan utk smbung belajar. Nasuha,Timoh,Mizah,Hajar,Pia,Dayah n Hajar Daud. Semoga kalian selamat smpai ke sana ye. Nnti dh smpai kt sne...jgn lupa org kt cni tau. Ada la hikmahnya ana x t'plh dlm kalangan antunna. Mgkn ana lbh diperlukan di UIA ni insyaALLAH (tgh memujuk hati)...sbb ALLAH dh sebut dlm Quran, Surah al-Baqarah ayat 216:
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH MAHA MENGETAHUI sedangkan kamu tidak ketahui." 
InsyaALLAH...wlau kte jauh di mata tapi hakikatnya kte sgt dekat selagi doa utk shbt2 x putus2. So, moga kte x pernah lupa utk doakn kjyaan kte semua walau di mana skali pun kte berada. Selalu la hantar tazkirah2 kt ana ye. Ana dh sgt rindukn nasihat n tazkirah dr antunna:)


Moga ALLAH juga selalu menjaga hati kita. "Ya ALLAH, lindungilah hati kami daripada maksiat dan dosa. Jangan Kau biarkan kami hanyut dengan tipu helah n fitnah dunia." Ameen.

Ingat amaran ALLAH dlm Quran, Surah as-Saff ayat 2-3:"Wahai orang2 beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?  (Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan sesuatu apa2 yang tidak kamu kerjakan."
Kita di sekolah dulu banyak nasihat kt adik2 n ingatkn mereka larangan ALLAH...tapi kita kena ingat, kita yg dah semakin t'dedah dgn dunia yg makin lama makin x kenal Islam kna sentiasa hati2.


Benarlah hadis Nabi yg mengatakan: "Islam datang secara dagang n akan berakhir secara dagang juga." Jangan kita takut kalau org kata kita ni x update la @ kuno sbb xde couple n mcm2 lg namun kita kena ingat...kita hidup utk ALLAH. So, be urself as a muslim. Carilah keredaan ALLAH bukan keredaan manusia kerana keredaan ALLAH akan m'bawa kita kepada kebahagiaan yg hakiki. Our VISSION is MARDHOTILLAH. =)