Total Pageviews

Sunday, July 31, 2011

Assalamualaikum w.b.r.t,
Apa kabo iman sahabat2 sekalian? InsyaAllah moga dlm rahmatNya sntiasa. Ameen...

puuhhh! puhhh!
dah berhabuk blog ni!
haish.. dah lama tak update blog...
sbb sekarang takde masa free nak update...
makin cbuk skrg ni...
lgpn x bw laptop ke kampus...
xpe2...nk update la ni. 
 
Alhmdulillah...kte dpt b'tmu lagi Ramadan thn ni. Ya Allah, ssgghnya aku sgt merindui RamadanMu. Alhmdulillah wa syukurillah aku dpt ketemunya skali lg utk thn ni. 



'Wahai org yg beriman, diwajibkan ke atas diri kamu untuk berpuasa
sepertimana yg telah diwajibkan oleh orang2 yg terdahulu,agar kamu menjadi org yg bertakwa..' (Surah Al Baqarah, Ayat 183)


Moga ALLAH beri kekuatan kpd aku utk meningkatkan amalan di bln ni. Tadarus, khatam Quran, kurangkan b'cakap p'kara2 lalai n yg pntg Qiamulail. Moga lailatul qadr dpt kutemui insyaALLAH. Kpd shbt2 smua ayuh kte kejar n lakukan sebyk mgkn p'buatan yg meningkatkn ketaqwaan kte. Wallahualam.  




Friday, June 10, 2011

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan…
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Marilah kte sama2 b'diam diri n m'hormati azan. Klau sdg m'baca pun, b'hentilah dulu sbg tanda hormat sdgkn baca al-Quran pun kte mesti m'utamakan azan t'lebih dahulu. Jadi sme2 kita praktikkan amalan ini agar kte selamat dunia akhirat n t'golongan dlm golongan ahli syurga insyaAllah. Wallahualam.

Alhamdulillah wasyukurillah...

Alhmdulillah kerana still dikurniakn 2 nikmat t'besar iaitu IMAN & ISLAM.

Sbgaimana yg shbt2 semua tau...ana dh b'daftar sbg pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) tapi seminggu shj. Hari ke-4 ana di sne, ana trima pggilan drpd pihak Pusat Asasi UIAM yg ana b'jaya m'dpt twrn utk melanjutkn pelajaran di sne. Alhamdulillah. Moga ini yg t'baik utk ku. So, keesokan harinya ana daftar keluar drpd KMPh. Sedih sbb dh ada rmai kwn tp nak buat mcmne...setiap p'temuan pasti ada p'pisahan. 3 hari lps tu ana kna daftarkn diri ana sbg pelajar Centre of Foundation Studies (CFS) IIUM di Petaling Jaya. P'siapan mmg sgt huru-hara. Bayangkan nk setelkn urusan p'daftaran la, bayar yuran la n byk lg. Kemas2 brg pun pagi sblm b'daftar sbb ana kna daftar kol 2 petang. Alhamdulillah dpt p'daftran ptg. So lalui la skali lg minggu orientasi tp kt CFS ni dia pggil Taaruf Week. Mmg klau ada apa2 confirm kna speaking. Kat cni mmg sgt m'gunakn english n arabic. Malay hanya utk mnde2 x formal shj. Apa2 pn best la gak tp x busy mcm mggu orientasi matrik la. Apa2 pn ana still menanti shbt2 yg msih menunggu utk 2nd intake. Ana pn harapkn moga shbt2 semua doakn kjyaan ana di CFS ni ye insyaAllah. Sterusnya dpt msk ke UIAM Gombak insyaAllah. Alhamdulillah ana dpt kos law. InsyaAllah amik syariah. Moga Allah bantu ana utk cemerlang insyaAllah. Apa2 pn ana nk kongsi sepotong ayat Quran. Maybe rmai dh biasa dgr ayat ni tapi manusia sntiasa perlu dgn peringatan. Surah Muhammad ayat 7: "Jika kamu m'bantu agama Allah, pasti Allah akan bantu kamu." So kte perlu tegakkan Islam walau dimana shj kte berada kerana kte sgt memerlukannya. Tegakkan Islam dlm diri kamu , pasti tertegaklah Islam di sekeliling kamu insyaAllah. Wallahualam.  

Saturday, May 21, 2011

InsyaAllah

Isnin ni 23/5 ana akn b'daftar sbg pelajar Matrikulasi Pahang. So, shbt2 n p'baca sekalian...tolong doakn kjyaan ana ye. Klau ada rezeki dpt UIA, x tau la gane. Tengok la dulu. Apa2 pn istikharah yg penting. So blog ni mybe akn ditinggalkn tapi x tau berapa lama. Wallahualam. Jmpa lg insyaAllah.:-) <3

Monday, May 9, 2011

ERAT 2011

Alhmdulillah...petang tadi baru je lepas majlis penutup program ERAT 2011. Program apa sebenarnya ni? Haha..program ni sebenarnya program utk pljr2 lepasan SPM,STAM,Matrikulasi n STPM. Program diadakan sbg p'sediaan kami melanjutkan pljrn ke IPT la. Program ni selama 3 hari 2 malam. 3-5 mei 2011. Antara program yg sgt best n b'manfaat pernah ana pergi. Nak dikatakan pelajar2 yg datang program ni dari seluruh Malaysia la. Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, N9, KL n byk lagi la. Sabah & Sarawak je xde...rsenya la. Kat mne ek program ni buat? Kat Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin yg lebih popular lg dgn nama Masjid Besi di Putrajaya. Sebenarnya program ni anjuran IKRAMteen,KARISMA n Masjid Besi. Byk ilmu yg kami dpt mengenai IPT. Ada bbrapa slot dlm program ni. Antaranya, 1 LOVE (mcm ice-breaking la tp main music chair n bbrp game lg), U Idamanku (slot utk reka U sndiri n grup ana plh UMIMO, U rekaan kami utk wanita shj sbb nama grup kami MIMOSA PUDICA, nama saintifik bg pokok semalu utk pengetahuan antum...grup yg pemalu tp nama UMIMO ni la antara nama U yg paling dpt sambutan hangat..), Langkah Menuju Jaya oleh Dr. Roselainy Abd Rahman, Kesesuaian Bidang oleh Dr. Adnan tp full speaking (wat ujian personaliti skali), Explorace @ Putrajaya (favourite slot setiap pserta kot...sgt seronok n puas. Dapat pgalaman naik bas satu hari), Jejak IPT (kak2 n abg2 fasi citer pasal kos n U msg2...dpt p'dedahan psl byk kos n U) n Studio ERAT (p'smbhn drpd setiap grup la ni). Apa2 pn time kasih kt penganjur n para fasi yg b'tungkus-lumus mengadakan program ni. Syukran jaziilan. Dapat ramai shbt2 baru. Jadi di bawah ni ada diselitkn kenangan kami di program ERAT 2011:-)






Grup MIMOSA PUDICA...malu2 smua ahlinya:)

UMIMO

Music chair



Sunday, May 1, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??

Pada suatu petang... berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya ?"

"Hmm, iya.. boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke ?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya ?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh ?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya ? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa.. kan ? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan ?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke ? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan.. soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.



Renung2kn la n slmt b'amal...:) Wallahualam.