Total Pageviews

Thursday, January 27, 2011

Andai diri sehebat ZINNIRAH

Bismillah...

Teringin berkongsi satu sirah dgn para pembaca sekalian. Sirah tu maksudnya sejarah. Dan sejarah itu penting dan x seharusnya kita ketepikan,lagi2 kita ni umat Islam. Belajar dari perkara silam membantu membina umat yang lebih gagah berdiri,teguh hati meredah dugaan.Tabah jiwa walau dihujani cabaran yang tidak putus-putus,setabah Zinnirah di medan dakwah.

Sirah hari ni ana nak berkongsi sedikit tntang seorang wirawati Islam.Namanya x asing, lagi2 kalu  pembaca ni peminat lagu UNIC. Pernah dengar nama Zinnirah?Tahu sejarah hebatnya? Ana pun x tahu,hari ni baru tahu. Tengah2 dengar lagu Zinnirah UNIC, terasa nak check dlm internet sirah hidup wanita agung ni. Jom luang sedikit masa baca sejarah Zinnirah,contoh wanita terhebat. (ana copy dari website lain, aci kan?) :

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. 
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. 

              Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat. 

               "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah... 

               Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa." 

Hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.



“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

     
       Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. 


Hebat kan Zinnirah. Andai diri mampu jadi sehebat Zinnirah,percayalah diri itu adalah insan paling bertuah. Benar, tiada gantian paling mahal melainkan iman sekukuh itu dalam menempis hasutan duniawi serta menawan misi memiliki kebahagiaan di akhirat.Ya Allah,andai diri ku mampu jadi sehebat itu......


2 comments:

  1. salam. semua psl zinnrah ni.
    nk wt name gr0up ke??

    ReplyDelete
  2. ye ar tu...awl x awl,,owg jaoh lak tu...xpe2.
    ana ade gak nnti ..wait for the post about..
    ****

    ReplyDelete