Total Pageviews

Saturday, April 23, 2011

Solat Istikharah...

Adab-adab istikharah

1-  Hadirkan niat yg ikhlas.
2-  Istikharah pd semua perkara yg dibenarkan oleh syarak.
3-  Perkara yg tidak ada mana2 kemahuan (xjelas keputusannya).

4-  Melahirkan rasa sangat berhajat.
5-  Solat 2 rakaat.
6-  Berdoa selepas solat istikharah.
7-  Melakukan apa yg baik baginya.

Daripada Jabir r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: ‘’Apabila seseorang kamu berkeinginn kepada suatu perkara, maka ruku’lah (solat) 2 rakaat bkn sbg solat fardhu, kemudian berdoa; ‘’Wahai Tuhanku, aku mohon pemilihan dgn ilmuMu, & aku memohon kekuatan dgn kekuasaan Kamu,& aku memohon kpdMu daripada kurniaan Mu yg agung, sesungguhnya Kamu mampu dan aku tidak mampu, & Kamu Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, Kamu Maha Mengetahui perkara ghaib, wahai Tuhanku, sekiranya Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku, pada agamaku, dan kehidupanku dan kesudahan urusanku @ baginda bersabda: urusanku di dunia dan akhirat- maka takdirkanlah untukku kebaikan dan permudahkan kepadaku dan berkatilah kepadaku akan urusan tersebut. Sekiranya Kamu Mengetahui (mmg Allah mengetahui) perkara ini buruk bagiku, pada agamaku dan kehidupanku dan kesudahan urusanku @ baginda bersabda: urusanku di dunia dan akhirat- maka palingkanlah (jauhkanlah) aku daripadanya dan perkara tersebut dariku, & takdirkanlah untukku kebaikan di mana saja ia berada, kemudian redhailah aku dengan perkara tersebut. Dan berkata Nabi saw lagi: ‘Sebut org yg berdoa akan hajatnya (yg diinginkannya)’.
(Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment