Total Pageviews

Tuesday, September 27, 2011

C.I.N.T.A

Bahaya cinta sebelum kahwin:
-Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
-Menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya utk melupakanku daripadaNya.
-Hati akan terseksa dengan barah rindu
-Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
-Cinta lalai akan menyebabkan aku alpa daripada mempersiapkan diri utk keperluan dunia & akhirat.
-Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
-Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
-Jiwaku terganggu dalam menilai mana yg baik dan mana yg buruk utk diriku.
-Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yg mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
                                                         Nauzubillah!

Tips menepis cinta remaja:
>Tegas dgn prinsip diri (tiada cinta sebelum kahwin)
>Meletakkan misi yg jelas dalam hidup (Mardhotillah)
>Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yg soleh
>Mengekang hawa nafsu
>Mendekati majlis-majlis ilmu
>Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yg berfaedah
>Akrab dengan ALLAH dalam ibadah & kehidupan



*Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & Rasul
  Fatimah Syarha Mohd Noordin

-bacalah buku ni untuk tarbiyah n makanan rohani dalam diri. Cinta sgt sinonim dgn remaja kerana itu adalah fitrah. B'gantung pd remaja itu sendiri bagaimana utk mengawalnya.

Masih muda untuk b'bincang lebih lanjut tntg perkara ini. Hanya utk dikongsi bersama kerana sedih kini sudah terlalu ramai remaja Islam hanyut dlm dunia cinta yg membinasakan.
-Cinta hanya untuk suami dan takkan kukongsi.-

No comments:

Post a Comment