Total Pageviews

Sunday, October 2, 2011

Lau kana bainana...

Alhmdulillah wa syukurilah msih berada dlm nikmat yg t'besar iaitu Iman & Islam.
Tadi baru je tgk rancangan Arab tajuk Lau kana bainana (jika baginda bersama kita) di saluran TV Hijrah-Segalanya bermula di sini setiap hari ahad pukul 9 malam. hehe...
Rancangan yang sangat bagus. Rancangan yang menyedarkan kita betapa masyarakat Islam kini sangat terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, walaupun sekecil-kecil perkara. Bagaimana jika Rasulullah s.a.w masih hidup pada zaman ini, pasti baginda akan sedih melihat tingkah laku umatnya. Sama-sama muhasabah diri.
Alhamdulillah ana dapat 3 ibrah (pengajaran) daripada rancangan ni:

1. Sebarkan salam antara kamu.
Sebagaimana yang kita tau, umat Islam sekarang ni makin lama makin x rasa nilai kasih sayang antara satu sama lain sedangkan Islam merupakan agama mawaddah wa rahmah.Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya setiap mukmin adalah bersaudara." Jadi mengapakah kita berasa malu untuk memberi salam kepada saudara  kita sendiri?

2. Mulakan dengan diri kamu.
Antara salah satu cara untuk berdakwah ialah bil hal iaitu dengan cara menunjukkan teladan yang baik dan sebaik-baik qudwah hasanah ialah Rasulullah s.a.w. Jadi, kita tidak perlu bercakap banyak kerana dengan akhlak kita yang baik dan mulia yang telah diajar oleh baginda, pasti ramai boleh melihat keindahan Islam dalam diri kita insyaALLAH. So, tunggu apa lagi? Untuk memulakan sesuatu yang baik, diri ini yang harus mulakan dahulu.

3. Tepati Masa
Allah telah bersumpah dalam al-Quran, "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali yang saling menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran." Kini kita dapat lihat kebanyakan orang Islam   sudah tidak sedar akan kepentingan masa. Sebagai tamsil, seorang pelajar Islam yang selalu hadir lambat ke kelas. Hal ini pasti diberi pandangan negatif oleh non-muslim. Rasulullah tidak pernah lewat walau seminit pun dalam sesuatu perjanjian. Contohilah baginda.

Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri, melihat semula dalam diri kita adakah kita benar-benar membawa imej Islam dalam hidup ini untuk masyarakat sekeliling? Bagaimanakah jika benar-benar baginda s.a.w berada di samping kita kini? Pasti baginda sedih. Ayuh! Kita bangkit untuk menghidupkan semula cara hidup Islam agar baginda gembira melihat kita. Wallahualam. Lau Kana Bainan...

 

No comments:

Post a Comment