Total Pageviews

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha:)

Alhmdulillah wa syukurillah. Ana rse x t'lalu awal andai ana ingin mengucapkan Salam Aidiladha kpd seluruh umat Islam di dunia ni. Jgn lupa puasa pd hari Arafah iaitu Sabtu ni (5/11/2011).

Dari Qatadah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w ditanya tentang puasa hari Arafah, maka Baginda s.a.w m'jwb: "Puasa itu m'kafarahkan (m'hapuskan) dosa setahun yg lalu & setahun yg akan datang." Riwayat Muslim.

Sme2 kte amik pluang ni utk m'dpt keredaan ALLAH n nikmat syurgaNya nnti insyaALLAH.


*tahun ni raya di Kuantan (dlm mood sdih sbb prgm yg di rancang x jadi)

Tuesday, November 1, 2011

Sebulan Pertama Cuti

Salam ukhwah sahabat2 sekalian...
Dah lama x update blog. Nak wat macamana...ingatkn cuti 3 bulan ni boleh la duduk kt rumah tapi rupanya x lekat kat rumah langsung. Alhmdulillah sekurang-kurangnya dapat la buat kebajikan n dapat la income kn...hehe.
Ok, beberapa tugas dah siap, so ada beberapa lagi tugas yg perlu disettlekn dlm tempoh cuti 3 bulan ni.

Alhmdulillah dah berjaya - sebulan pertama:
1)Bantu ustaz Puzhi (penulis kamus al-Farid yg kte guna selama ni kt sekolah dulu (kt u pn guna lg) selaku ustaz BA kt uia) menaip smula buku yang akan dikeluarkan smula utk Telaga Biru.


2)Ziarah sklh kesayanganku, SMKAKA di Dungun. (duk sminggu kt umah Aina Syafiqah 11-17/10/2011...syukran aina n famili)


3)Jadi volunteer utk Pesta Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia di CFS IIUM, Petaling Jaya dari 18-28/10/2011. Dapat ramai kawan n byk pengalaman.  



Ni dia gmbr bersama sahabat2 satu unit, Unit Pengangkutan. Kami la yg uruskn pengangkutan para pemain utk ke UM n UIA, Gombak. Alhmdulillah, gmbira dapat bekerja bersama.



4)Hehe...sabtu n ahad baru2 ni (29 & 30/10/2011) gi Ijtima' Tarbawi. Seronok dapat jmpa ulama'2 dari dalam dan luar negara. Tokoh Ikhwanul Muslimin dari Mesir pun datang. Alhmdulillah jadi insan yg terpilih utk join program ni.Turut serta dlm prgm ni, Nur Aina Syafiqah n Nor Syahirah Nordin. 




Hmm...dah abis sebulan cuti, so tinggal 2 bulan lagi. InsyaALLAH dimanfaatkan sebaik2nya. Nak tolong mak kt umah plop ni. Ok...lepas ni kita update lagi apa yg perlu insyaALLAH. Wallahualam.


Friday, October 7, 2011

Aquaria @ KLCC

Alhmdulillah...Hari ni ana berpeluang pergi ke Aquaria @ KLCC dengan my classmate, Salwani dari negeri Kelantan. Sebenarnya, kami x rancang pun pergi ke sana tapi tetiba rasa teringin nak gi sebab tak pernah pergi pun sebelum ni. Dulu, masa family gi, ana duduk asrama so x dapat la join family. Untuk pengetahuan korang, kalau nak masuk Aquaria:
Adult with mykad-RM35
Student-RM30 (dgn syarat bawa matric card tau)
Children-hehe..x ingat tapi memang la murah sikit dari adult kan..



Alhamdulillah dapat la tengok pelbagai hidupan dalam laut. Subhanallah! Cantik sangat...pelbagai jenis. Dari sekecil-kecil ikan sampai sebesar-besarnya. Berwarna-warni. Paling best bila masuk terowong bergerak.



Dapat tengok ikan pari n shark bapak besar. Memang kalau pecah cermin 2 x sempat lari la. Habis kena makan dengan shark 2. Tapi jangan risau insyaALLAH kukuh cermin kaca 2. Tebal. So jangan takut la nak datang aquaria. Best! Baru dapat tahu betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Tapi kalau datang masa cuti sekolah, panjang la kena beratur ye. Harap bersabar la banyak2 ye.

Ikan pari yg sangat besar

Ikan nemo yg comel:)

Shark yg menakutkan

Ikan pari yg besar & panjang



So itu je la setakat ni. Nak maghrib dah ni. Manfaat kan masa yg ada dengan perkara2 yg b'faedah n sebaik2nya yang dapat menambahkan iman. Ok...Wallahualam.

Monday, October 3, 2011

Mencari ketenangan dalam hidup...




*video ni dipetik daripada salafus-sholih.bogspot.com

9 ibrah yg dapat diambil daripada video di atas:
-Belum tentu orang yang kaya akan berasa bahagia dan tenang walaupun kekayaan adalah penyumbang kepada kebahagiaan.
-Jika ALLAH menghendaki kebahagiaan kepada seseorang, tidak akan ada tangan yang mampu menghalang dan jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, tiada tangan yang mampu membantu.
-"Cukuplah ALLAH bagi kami, Dialah sebaik-baik Pelindung." Surah al-Imraan:173
-Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil dan kehidupan sangat luas.
-Tidak salah kita mengharap yang belum ada namun jangan lupa bersyukur dengan apa yang sudah ada.
-Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar.
-"Jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya kamu tidak akan mampu meghitungnya." Surah Ibrahim:34
-Segala yang ALLAH kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya.
-"Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita." Surah at-Taubah:40

Sunday, October 2, 2011

Lau kana bainana...

Alhmdulillah wa syukurilah msih berada dlm nikmat yg t'besar iaitu Iman & Islam.
Tadi baru je tgk rancangan Arab tajuk Lau kana bainana (jika baginda bersama kita) di saluran TV Hijrah-Segalanya bermula di sini setiap hari ahad pukul 9 malam. hehe...
Rancangan yang sangat bagus. Rancangan yang menyedarkan kita betapa masyarakat Islam kini sangat terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, walaupun sekecil-kecil perkara. Bagaimana jika Rasulullah s.a.w masih hidup pada zaman ini, pasti baginda akan sedih melihat tingkah laku umatnya. Sama-sama muhasabah diri.
Alhamdulillah ana dapat 3 ibrah (pengajaran) daripada rancangan ni:

1. Sebarkan salam antara kamu.
Sebagaimana yang kita tau, umat Islam sekarang ni makin lama makin x rasa nilai kasih sayang antara satu sama lain sedangkan Islam merupakan agama mawaddah wa rahmah.Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya setiap mukmin adalah bersaudara." Jadi mengapakah kita berasa malu untuk memberi salam kepada saudara  kita sendiri?

2. Mulakan dengan diri kamu.
Antara salah satu cara untuk berdakwah ialah bil hal iaitu dengan cara menunjukkan teladan yang baik dan sebaik-baik qudwah hasanah ialah Rasulullah s.a.w. Jadi, kita tidak perlu bercakap banyak kerana dengan akhlak kita yang baik dan mulia yang telah diajar oleh baginda, pasti ramai boleh melihat keindahan Islam dalam diri kita insyaALLAH. So, tunggu apa lagi? Untuk memulakan sesuatu yang baik, diri ini yang harus mulakan dahulu.

3. Tepati Masa
Allah telah bersumpah dalam al-Quran, "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali yang saling menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran." Kini kita dapat lihat kebanyakan orang Islam   sudah tidak sedar akan kepentingan masa. Sebagai tamsil, seorang pelajar Islam yang selalu hadir lambat ke kelas. Hal ini pasti diberi pandangan negatif oleh non-muslim. Rasulullah tidak pernah lewat walau seminit pun dalam sesuatu perjanjian. Contohilah baginda.

Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri, melihat semula dalam diri kita adakah kita benar-benar membawa imej Islam dalam hidup ini untuk masyarakat sekeliling? Bagaimanakah jika benar-benar baginda s.a.w berada di samping kita kini? Pasti baginda sedih. Ayuh! Kita bangkit untuk menghidupkan semula cara hidup Islam agar baginda gembira melihat kita. Wallahualam. Lau Kana Bainan...

 

Friday, September 30, 2011

Doa Ibu

Alhamdulillah. Hari ni berpeluang tengok al-kuliyyah. Dah lama x tengok rancangan ni. Hari ni tajuknya 'Doa Ibu'. sebagaimana kita semua tahu, doa ibu ni antara doa yang sentiasa dimakbulkan ALLAH. Apa yang ana dapat daripada rancangan ni ialah ibu yang mendoakan keburukan untuk anak-anaknya merupakan ibu yang paling malang. Kecuali ibu yang telah dianiayai oleh anaknya. Doa merupakan senjata mukmin. 2 doa yang boleh diamalkan untuk keharmoniaan dan kebahagiaan keluarga: 1)Surah al-Baqarah, 128: "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat dan Maha Mengasihani."  2)Surah al-Furqan,74: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri2 dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." Ingatlah! Keredhaan ALLAH bergantung pada keredhaan ibu bapa & kemurkaan ALLAH bergantung pada kemurkaan ibu bapa. Moga kita semua menjadi anak2 yang soleh/ah insyaALLAH. Wallahualam.

Tuesday, September 27, 2011

C.I.N.T.A

Bahaya cinta sebelum kahwin:
-Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
-Menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya utk melupakanku daripadaNya.
-Hati akan terseksa dengan barah rindu
-Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
-Cinta lalai akan menyebabkan aku alpa daripada mempersiapkan diri utk keperluan dunia & akhirat.
-Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
-Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
-Jiwaku terganggu dalam menilai mana yg baik dan mana yg buruk utk diriku.
-Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yg mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
                                                         Nauzubillah!

Tips menepis cinta remaja:
>Tegas dgn prinsip diri (tiada cinta sebelum kahwin)
>Meletakkan misi yg jelas dalam hidup (Mardhotillah)
>Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yg soleh
>Mengekang hawa nafsu
>Mendekati majlis-majlis ilmu
>Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yg berfaedah
>Akrab dengan ALLAH dalam ibadah & kehidupan



*Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & Rasul
  Fatimah Syarha Mohd Noordin

-bacalah buku ni untuk tarbiyah n makanan rohani dalam diri. Cinta sgt sinonim dgn remaja kerana itu adalah fitrah. B'gantung pd remaja itu sendiri bagaimana utk mengawalnya.

Masih muda untuk b'bincang lebih lanjut tntg perkara ini. Hanya utk dikongsi bersama kerana sedih kini sudah terlalu ramai remaja Islam hanyut dlm dunia cinta yg membinasakan.
-Cinta hanya untuk suami dan takkan kukongsi.-